Fikirkan

Aku mula berfikir..
Fikir tentang hidupku..

Mencintai dirinya kerna terpaksa atau rasa cinta..

Mencintai dirinya kerna aku sayang atau kesunyian..

Aku rindukan seseorang tapi siapa??..

Aku buntu memikirkan setiap hari..

Apa yang aku inginkan sebenarnya..

CINTA atau rasa TANGGUNGJAWAB??..

Tapi hanya HATI ini yang dapat memberi jawapannya..

Hari Hujan

Awan yang gelap..
Angin yang kuat..

Hujan yang turun..

Bagai hati yang hancur setiap saat..

Kehidupan penuh dugaan..

Penuh penantian..

Setiap saat yang penuh dengan penipuan..

Hidup menjadi kucar-kacir..

Gembira tidak semestinya tak penah sedih..

Sedih bukan segalanya..

Jalan hidup penuh cabaran..

Abadi

Dalam gelap aku terbang
Dalam gelap aku terang
Dan jadikanlah engkau senja

Kerana gelap kau ada
Kerana gelap aku indah
Aku hanyalah kunang-kunang

Dan kau hanyalah senja
Dalam gelap kita berbahagi
Dalam gelap kita abadi

Darah

Biarkan darah yang ada mengalir turun..
Biarkan darah ini jatuh ke tanah..
Darah yang hanya terdapat kesedihan di dalamnya..
Kesedihan yang membawa diri ke arah kehancuran..
Kehancuran yang membawa hidup ini makin gelap..
Darah yang ada perlu dihentikan..
Berhenti dari menderita..

Jangan Tinggalkan Aku

Mungkin aku terlalu menyayangimu
Semua yang ada padamu
Karena kamu membuatku berarti
Hinggaku tak dapat menjauh

Dalam setiap langkahku
Kuingin kau disini
Hingga akhir usiaku kau tetap
Menjadi yang terbaik untuk diriku

Aku takut engkau tinggalkan diriku
Mencoba mencari cinta
Selain cinta yang kuberikan

Aku takut engkau patahkan hatiku
Membuatku semakin terluka
Dan tak akan pernah termaafkan

Penakut atau Penipu

Benda yang baik tak semestinya baik, benda yang jahat tak semestinya jahat selamanya..
Tapi aku ini bagai ditipu, diperbodohkan dan dipermainkan manusia yang aku kenal..
Dunia ini menjadi kecil bila Allah S.W.T ingin menunjukkan kebenaran..
Kita nampak apa yang kita tidak tahu selama ini..
Aku nampak dan aku tak pernah silap..
Macam "Kena Kencing" lagi..
Aku nak meraung, tapi itu bukan caranya..
Biar masa yang menentukannya..
Biar hidup ini terus "Kena Kencing" kalau ada jawapan untuk semua persoalan dalam hidup ini..

Hancur Diri Ini

Aku bukan pemarah kalau tidak ada benda yang salah..
Aku bukan pendendam kalau tidak ada yang menyakitkan diri ini..
Aku bukan nak marah, nak mengamuk, nak buat gila dan nak buat kacau..
Aku bukan nak jadi syaitan kerana dendam di hati..
Aku cuma ingin diri ini dihargai dan diingati..
Aku pun manusia biasa..
Tapi aku sering kali diperbodohkan oleh orang lain..
Adakah aku terlamapau bodoh??..
Atau aku yang bodoh??..