SYAITAN: Sejenis makhluk halus yang jahat (menggalakkan orang membuat kejahatan dan sebagainya).
HANTU: Roh jahat (yang dikatakan terdapat di tempat-tempat tertentu dan lain-lain): bahasa ~ bahasa yang dipakai oleh pawang; ~ kena ~ = dirasuk ~sakit kerana diganggu hantu; disapa ~ = tersapa ~ = ditegur ~ demam kerana ditegur hantu; angin hantu yang boleh mengaramkan kapal; ~ aru-aru hantu hutan; ~ air hantu yang terdapat di air (di sungai dan lain-lain); ~bungkus hantu yang berupa mayat berbungkus; ~ bunian siluman (orang halus yang tinggal di hutan); ~ gunung (laut, rimba, sungai); ~ jembalang, ~ puaka, ~ tanah, hantu-hantu penunggu; ~ raya hantu peliharaan untuk menjadi pengawal (suruhan) tuannya; ~ toyol hantu peliharaan untuk disuruh mencuri; takut di ~ terpeluk ke bangkai peribahasa mendapat kesusahan kerana takut akan sesuatu yang tidak patut ditakut.
MAKHLUK HALUS: Tidak dapat dilihat (diraba) seperti roh; ~ orang ~ orang bunian.
.
JIN: Sejenis makhluk halus: ~ afrit; ~ Islam; ~ kafir.
Sumber: KAMUS DEWAN EDISI KETIGA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan